Notis Dasar Privasi OPENKOM

1. Pengenalan

Foursons Technology Sdn. Bhd. (Nombor Pendaftaran: 202101008861 (1409160-H)) (“OPENKOM”) mengutamakan perlindungan maklumat peribadi anda dan akan mengambil langkah-langkah yang relevan untuk melindungi maklumat peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan Peraturan-Peraturan Perlindungan Data Peribadi 2013. Notis Dasar Privasi ini (“Dasar”) menetapkan bagaimana kami mengumpul, memproses, menggunakan, melindungi dan mendedahkan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami apabila anda melawat laman web atau aplikasi mudah alih kami (“Platfom”) atau menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM (seperti yang ditakrifkan di bawah).

Untuk tujuan Dasar ini, “kami” akan merujuk kepada mana-mana rakan sekutu dan ahli gabungan OPENKOM dan “anda” akan merujuk kepada diri anda, syarikat atau entiti perniagaan anda. Selanjutnya, istilah “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai makna yang sama seperti yang dinyatakan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Dasar ini menjelaskan bagaimana kami mengendalikan maklumat yang dikumpulkan dan diterima apabila anda menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami melalui Platfom kami, termasuk antaranya adalah:

(a) mengoperasikan Platfom untuk menghubungkan pengguna-pengguna Platfom untuk tujuan-tujuan berikut:

(i) mana-mana individu yang mendaftar sebagai pelanggan Platfom untuk membeli sebarang produk dan/atau perkhidmatan yang disediakan oleh Peniaga (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan/atau Pembekal Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan di bawah) melalui Platfom ini (“Pelanggan”);

(ii) mana-mana individu, syarikat atau entiti perniagaan yang mendaftar sebagai peniaga untuk menyenaraikan dan membekalkan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan mereka kepada Pelanggan melalui Platfom ini (“Produk dan Perkhidmatan Peniaga”) (“Peniaga”); dan

(iii) mana-mana individu, syarikat atau entiti perniagaan yang mendaftar sebagai pembekal perkhidmatan untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran antara Pelanggan dan Peniaga (“Perkhidmatan Penghantaran”) (“Pembekal Perkhidmatan”),

(setiap satu, “Pengguna”, dan secara kolektif, as “Pengguna-pengguna”);

(b) memastikan bahawa Platfom sentiasa tersedia untuk Pengguna-pengguna, bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 1(a) di atas;

(c) memudahkan komunikasi antara Pengguna-pengguna bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 1(a) di atas; dan

(d) mengiklankan Produk dan Perkhidmatan Peniaga atas permintaan Peniaga;

(e) menyediakan perkhidmatan analisis data kepada Peniaga berkaitan dengan prestasi Produk dan Perkhidmatan Peniaga mereka di Platfom; dan

(f) sebarang perkhidmatan lain yang dinyatakan dalam Terma and Syarat OPENKOM atau yang mungkin disediakan di Platfom atau diberitahu kepada anda dari semasa ke semasa,

(secara kolektif, “Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM”).

2. Pengumpulan Maklumat Peribadi

Pelanggan

(a) Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda dalam situasi-situasi berikut:

(i) apabila anda mendaftarkan akaun di Platfom kami sebagai Pelanggan;

(ii) apabila anda menggunakan Platfom dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM untuk membeli Produk dan Perkhidmatan Peniaga dan/atau Perkhidmatan Penghantaran;

(iii) apabila anda melawat atau melayari Platfom kami; dan

(iv) apabila anda menghubungi kami untuk sebarang permintaan, seperti permintaan pembatalan pesanan, bayaran balik, pertanyaan, membuat aduan atau melaporkan sebarang masalah di Platfom.

(b) Maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i) maklumat profil anda seperti nama, jantina, kewarganegaraan, bangsa, nombor kad pengenalan atau pasport, umur, tarikh lahir, gambar profil, alamat e-mel, nombor telefon bimbit dan alamat kediaman anda;

(ii) maklumat berkaitan lokasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada koordinat GPS, dan data lain yang berasaskan lokasi;

(iii) maklumat berkaitan maklumat pembayaran anda, termasuk butiran kad debit atau kredit, nombor akaun bank, dan data kewangan lain yang diperlukan untuk memproses pembayaran tersebut;

(iv) maklumat berkaitan pesanan anda untuk Produk dan Perkhidmatan Peniaga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah pembelian anda dan jumlah yang anda belanjakan di Platfom;

(v) maklumat berkaitan maklum balas dan penilaian anda terhadap Produk dan Perkhidmatan Peniaga dan Perkhidmatan Penghantaran; dan

(vi) sebarang maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh OPENKOM dari semasa ke semasa untuk penggunaan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM oleh anda, atau yang berkaitan dengan pembekalan Produk dan Perkhidmatan Peniaga serta Perkhidmatan Penghantaran kepada anda.

Peniaga

(a) Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda dalam situasi-situasi berikut:

(i) apabila anda mendaftarkan akaun di Platfom kami sebagai Peniaga;

(ii) apabila anda menggunakan Platfom dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM untuk menyenaraikan dan membekalkan Produk dan Perkhidmatan Peniaga kepada Pelanggan;

(iii) apabila anda melawat atau melayari Platfom kami; dan

(iv) apabila anda menghubungi kami untuk sebarang permintaan, seperti permintaan pembatalan pesanan, bayaran balik, pertanyaan, membuat aduan atau melaporkan sebarang masalah di Platfom.

(b) Maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i) jika anda adalah individu, maklumat profil anda seperti nama, jantina, kewarganegaraan, bangsa, nombor kad pengenalan atau pasport, umur, tarikh lahir, gambar profil, alamat emel, nombor telefon bimbit dan alamat kediaman anda;

(ii) jika anda adalah syarikat atau entiti perniagaan, maklumat berkaitan syarikat atau entiti perniagaan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama berdaftar syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat perniagaan, jenis perniagaan, logo perniagaan, butiran pekerja. Untuk tujuan Klausa 2(b)(ii) ini, anda mungkin perlu mengemukakan sijil penubuhan syarikat anda, lesen premis perniagaan, kepala surat bank dan gambar premis perniagaan anda;

(iii) jika perniagaan anda mempunyai lebih daripada satu cawangan, maklumat berkaitan dengan cawangan-cawangan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada, alamat cawangan anda, waktu bekerja dan produk serta perkhidmatan yang disediakan di cawangan tersebut;

(iv)maklumat berkaitan Produk dan Perkhidmatan Peniaga, termasuk tetapi tidak terhad kepada harga, ketersediaan, gambar, rakaman video dan sebarang lesen serta spesifikasi yang relevan bagi Produk dan Perkhidmatan Peniaga (seperti Sijil Halal, Sijil Vegetarian dan Sijil Pengeluaran);

(v) maklumat berkaitan maklumat kewangan anda, termasuk nombor akaun bank, penyata bank dan data kewangan lain yang diperlukan untuk memproses sebarang transaksi kewangan yang berkaitan;

(vi) imej wajah atau rakaman video anda atau wakil anda apabila anda menggunakan ciri pengesahan wajah kami;

(vii) maklumat berkaitan prestasi anda dalam pembekalan Produk dan Perkhidmatan Peniaga termasuk tetapi tidak terhad kepada semua sejarah transaksi jualan dan pendapatan yang anda perolehi di Platfom; dan

(viii) sebarang maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh OPENKOM dari semasa ke semasa untuk penggunaan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM oleh anda, atau yang berkaitan dengan pembekalan Produk dan Perkhidmatan Peniaga kepada Pelanggan.

Pembekal Perkhidmatan

(a) Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada anda dalam situasi-situasi berikut:

(i) apabila anda mendaftarkan akaun di Platfom kami sebagai Pembekal Perkhidmatan;

(ii) apabila anda menggunakan Platfom dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM untuk menyediakan Perkhidmatan Penghantaran;

(iii) apabila anda melawat atau melayari Platfom kami; dan

(iv) apabila anda menghubungi kami untuk sebarang permintaan, seperti permintaan pembatalan pesanan, bayaran balik, pertanyaan, membuat aduan atau melaporkan sebarang masalah di Platfom.

(b) Maklumat peribadi yang mungkin kami kumpulkan mungkin merangkumi tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

(i) maklumat profil anda seperti nama, jantina, kewarganegaraan, bangsa, nombor kad pengenalan atau pasport, umur, tarikh lahir, gambar profil, alamat emel, nombor telefon bimbit dan alamat kediaman anda;

(ii) maklumat berkaitan maklumat kewangan anda, termasuk nombor akaun bank, penyata bank dan data kewangan lain yang diperlukan untuk memproses sebarang transaksi kewangan yang berkaitan;

(iii) maklumat berkaitan lesen memandu anda, termasuk nombor lesen dan butiran lain yang berkaitan, yang diperlukan untuk pembekalan Perkhidmatan Penghantaran anda;

(iv) maklumat berkaitan lokasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada koordinat GPS, dan data lain berasaskan lokasi yang diperlukan untuk pembekalan Perkhidmatan Penghantaran anda;

(v) maklumat berkaitan kenderaan anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor pendaftaran kenderaan, model dan warna;

(vi) imej wajah atau rakaman video anda atau wakil anda apabila anda menggunakan ciri pengesahan wajah kami;

(vii) maklumat berkaitan prestasi anda dalam pembekalan Perkhidmatan Penghantaran termasuk tetapi tidak terhad kepada semua sejarah transaksi dan pendapatan yang anda perolehi di Platfom; dan

(viii) sebarang maklumat lain yang mungkin diperlukan oleh OPENKOM dari semasa ke semasa untuk penggunaan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM oleh anda, atau yang berkaitan dengan pembekalan Perkhidmatan Penghantaran kepada Pelanggan.

Dengan mengakses Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM berterusan dan memberikan maklumat peribadi anda melalui Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, anda secara jelasnya bersetuju dengan pemprosesan data peribadi sensitif anda seperti maklumat yang berkaitan dengan kesihatan anda dan kepercayaan agama anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan di atas atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak diwajibkan untuk memberikan maklumat peribadi yang telah kami minta, tetapi jika anda memilih untuk tidak berbuat demikian, kami tidak akan dapat membekalkan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM kepada anda atau menjawab sebarang pertanyaan yang mungkin anda ada.

3. Tujuan Pengumpulan Maklumat Peribadi

Segala maklumat yang kami kumpulkan daripada anda boleh digunakan tetapi tidak terhad kepada mana-mana cara berikut:

(a) untuk mengesahkan identiti peribadi atau identiti perniagaan anda, mengemaskini rekod kami, dan mengekalkan akaun anda bersama kami;

(b) untuk menjalankan pemeriksaan wajar terhadap anda;

(c) untuk menyediakan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM kepada anda di Platfom kami, sebagaimana yang berkenaan;

(d) untuk berkomunikasi dengan anda mengenai Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM;

(e) untuk memudahkan komunikasi antara anda dan Pengguna-pengguna lain, bagi pembekalan Produk dan Perkhidmatan Peniaga serta Perkhidmatan Penghantaran kepada anda;

(f) untuk memproses pembayaran yang anda layak terima melalui perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan pembayaran yang diupah oleh OPENKOM;

(g) untuk menjawab sebarang permintaan, pertanyaan, dan/atau aduan anda;

(h) untuk memperibadikan pengalaman anda di Platfom kami dan menyesuaikan pilihan atau kandungan yang ditunjukkan kepada anda;

(i) untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM yang disediakan kepada anda;

(j) untuk memaklumkan anda tentang kemas kini kepada Platfom kami dan Perkhidmatan-pekhidmatan OPENKOM, termasuk sebarang promosi yang akan datang, ciri-ciri yang baru dikeluarkan, kemas kini dasar-dasar kami; namun, dengan menghormati privasi anda, kami memberikan anda pilihan untuk memilih sama ada anda tidak ingin dimaklumkan tentang kemas kini tersebut; dan

(k) untuk tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pembangunan atau peningkatan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, pentadbiran, pengiklanan dan pemasaran.

4.Pendedahan Maklumat Peribadi Anda

Pelanggan

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan kepada pihak-pihak ketiga berikut:

(a) Peniaga dan Pembekal Perkhidmatan yang menyediakan Produk dan Perkhidmatan Peniaga serta Perkhidmatan Penghantaran kepada anda;

(b) rakan-rakan kongsi kami, ahli-ahli gabungan kami dan penyedia perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang membantu kami untuk melaksanakan pembekalan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, pentadbiran operasi dan pembangunan perniagaan, dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti audit, penasihat profesional, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, teknologi, dan perkhidmatan utiliti serta keselamatan kepada kami;

(c) mana-mana pihak yang mempunyai kewajipan kesulitan yang telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesulitan maklumat-maklumat tersebut; dan

(d) mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan pengawalseliaan yang berkaitan atau mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa; (ii) mana-mana penuntut pihak ketiga atau bakal penuntut pihak ketiga; atau (iii) bank penerbit kad anda, institusi kewangan dan/atau penyedia perkhidmatan pembayaran anda, untuk memproses atau menyelesaikan sebarang caj balik, pembalikan pembayaran dan/atau pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan transaksi menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM mengikut Terma dan Syarat kami.

Peniaga

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan kepada pihak-pihak ketiga berikut:

(a) Pelanggan yang membuat pesanan dan/atau membeli Produk dan Perkhidmatan Peniaga anda;

(b) Pembekal Perkhidmatan yang menerima pesanan untuk menghantar Produk dan Perkhidmatan Peniaga anda kepada Pelanggan;

(c) rakan-rakan kongsi kami, ahli-ahli gabungan kami dan penyedia perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang membantu kami untuk melaksanakan pembekalan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, pentadbiran operasi dan pembangunan perniagaan, dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti audit, penasihat profesional, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, teknologi, dan perkhidmatan utiliti serta keselamatan kepada kami;

(d) mana-mana pihak yang mempunyai kewajipan kesulitan yang telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesulitan maklumat-maklumat tersebut; dan

(e)mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan pengawalseliaan yang berkaitan atau mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa; (ii) mana-mana penuntut pihak ketiga atau bakal penuntut pihak ketiga; atau (iii) bank penerbit kad anda, institusi kewangan dan/atau penyedia perkhidmatan pembayaran anda, untuk memproses atau menyelesaikan sebarang caj balik, pembalikan pembayaran dan/atau pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan transaksi menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM mengikut Terma dan Syarat kami.

Pembekal Perkhidmatan

Kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda yang kami kumpulkan kepada pihak-pihak ketiga berikut:

(a) Pelanggan yang memesan dan/atau membeli Perkhidmatan Penghantaran anda;

(b) Peniaga yang produk dan perkhidmatannya dihantar oleh anda kepada Pelanggan;

(c) rakan-rakan kongsi kami, ahli-ahli gabungan kami dan penyedia perkhidmatan pihak-pihak ketiga yang membantu kami untuk melaksanakan pembekalan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, pentadbiran operasi dan pembangunan perniagaan, dan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti audit, penasihat profesional, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, teknologi, dan perkhidmatan utiliti serta keselamatan kepada kami;

(d) mana-mana pihak yang mempunyai kewajipan kesulitan yang telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga kesulitan maklumat-maklumat tersebut; dan

(e) mana-mana pihak berkuasa kerajaan dan pengawalseliaan yang berkaitan atau mahkamah dalam mana-mana bidang kuasa; (ii) mana-mana penuntut pihak ketiga atau bakal penuntut pihak ketiga; atau (iii) bank penerbit kad anda, institusi kewangan dan/atau penyedia perkhidmatan pembayaran anda, untuk memproses atau menyelesaikan sebarang caj balik, pembalikan pembayaran dan/atau pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan transaksi menggunakan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM mengikut Terma dan Syarat kami.

5. Keselamatan Data Peribadi

Anda mengakui bahawa melainkan jika anda meminta secara bertulis atau sebaliknya, kami, mengikut budi bicara kami, mempunyai hak tetapi bukan kewajipan untuk menyimpan mana-mana Data Peribadi secara berkekalan, selama tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya anda ingin maklumat mengenai anda dikeluarkan dari pangkalan data kami, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang dibekalkan di bawah dalam Clausa 7 Dasar ini.

Pemprosesan maklumat peribadi anda akan dilakukan selaras dengan semua undang-undang yang berkaitan. Dalam memproses maklumat peribadi anda, kami akan mengambil langkah-langkah praktikal dan munasabah untuk melindungi maklumat peribadi daripada sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, pendedahan, perubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja.

Walaubagaimanapun, tiada penghantaran data melalui internet dapat dijamin selamat sepenuhnya. Oleh itu, walaupun kami berusaha untuk melindungi data peribadi tersebut, kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan mana-mana data peribadi yang dihantar kepada kami dan individu-individu akan dianggap melakukannya dengan risiko mereka sendiri.

Kami tidak menjual, menyewa atau memajak data peribadi dan / atau maklumat yang dikumpulkan kepada pihak ketiga.

6. Kuki (Cookie)

Kami menggunakan kuki di Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM yang membolehkan kami memahami bagaimana anda menggunakan Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM yang seterusnya, membantu kami menyediakan dan memperbaiki Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM.

Kuki adalah fail data kecil yang dihantar daripada laman web ke penyemak imbas anda yang disimpan di peranti anda. Kuki digunakan untuk menampilkan kandungan yang paling sesuai berdasarkan minat dan aktiviti-aktiviti anda di Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, menganggarkan dan melaporkan jumlah penonton dan lalu lintas Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM, dan melakukan penyelidikan untuk meningkatkan Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM.

Anda boleh mengkonfigurasi tetapan peranti anda untuk menggambarkan pilihan anda untuk menerima atau menolak kuki. Sekiranya anda menolak semua kuki, anda tidak akan dapat memanfaatkan sepenuhnya Platfom kami dan Perkhidmatan-perkhidmatan OPENKOM.

7. Akses dan Kemas kini Maklumat Peribadi Anda

Sekiranya anda ingin mengakses, mengemas kini, membetulkan atau menghapuskan maklumat peribadi anda, anda boleh hantar emel kepada kami di support@openkom.com untuk bantuan lanjut. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses, mengemas kini atau memperbetulkan maklumat peribadi anda dalam masa 21 hari setelah menerima permintaan anda dan permintaan tersebut mungkin dikenakan bayaran selaras dengan Peraturan–Peraturan Perlindungan Data Peribadi (Fi) 2013 (P.U.(A) 338/2013) dan akan terikat dengan undang-undang perlindungan data di Malaysia.

8. Perubahan pada Dasar Privasi

Kami mungkin mengkaji dan mengubah Dasar ini dari semasa ke semasa. Walaupun ianya secara umum tidak praktikal untuk memaklumkan anda tentang perubahan-perubahan pada Dasar ini, versi terkini Dasar ini akan dipaparkan di here. Dasar ini bukan kontrak, dan juga tidak mencadangkan apa-apa kewajipan pihak kami dengan pihak lain.

9. Konflik

Sekiranya terdapat konflik antara Dasar dalam Bahasa Inggeris dengan Dasar dalam Bahasa Malaysia, terma-terma Dasar dalam Bahasa Inggeris akan terpakai.

10. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau ingin menghubungi kami berkenaan amalan dan polisi privasi kami, jangan ragu untuk menghubungi kami di +603-89591333 (Openkom Support Manager) atau menghantar emel kepada kami di support@openkom.com.